Home Sukan CHELSEA IKAT KAPTEN STRASBOURG SELEPAS JENDELA PERPINDAHAN DITUTUP

CHELSEA IKAT KAPTEN STRASBOURG SELEPAS JENDELA PERPINDAHAN DITUTUP

323
0

LONDON: Chelsea bersetuju untuk menandatangani seorang penyerang baharu, 11 hari selepas jendela perpindahan ditutup.

Memetik laporan AGENSI menerusi Berita Harian Emanuel Emegha, 22, akan berpindah dari kelab angkat mereka, Strasbourg pada 2026.

Bintang Belanda itu adalah kapten Strasbourg dan menjaringkan 14 gol dalam 27 penampilan Ligue 1 musim lalu.

Musim ini, dia sudah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan bagi semua pertandingan.

Aston Villa dan Nottingham Forest masing-masing pernah mempertimbangkan untuk mendapatkan penyerang itu pada musim panas ini tetapi dia memilih untuk memimpin Strasbourg ke pentas Eropah.

Kedua-dua kelab tidak mendedahkan berapa yuran perpindahan Emegha dan laporan di England serta Perancis juga belum menyebut jumlahnya.

Difahamkan dia akan berpindah pada musim panas depan dan bukannya pada jendela Januari.

Chelsea dan Strasbourg sebelum ini sudah terbabit dalam beberapa urusan perpindahan bersama.

Minggu lalu, kelab Liga Perdana Inggeris itu malah menandatangani semula salah seorang bekas pemain mereka hanya beberapa minggu selepas menjualnya ke Strasbourg dalam perpindahan yang dianggap pelik.

Pemain pertahanan kiri, Ben Chilwell yang tersisih daripada perancangan, berpindah ke Strasbourg secara pinjaman mengejut pada awal musim panas ini manakala Chelsea menandatangani pertahanan tengah Strasbourg, Mamadou Sarr pada awal Jun sebelum meminjamkannya semula ke sana dua bulan kemudian.

Emegha memberitahu L’Equipe mengenai perpindahannya: “Ini adalah perkara terbaik buat karier saya. Saya mahu pergi sejauh mungkin, bermain dalam Liga Juara-Juara, Piala Dunia.

“Saya boleh menandatangani kontrak dengan kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim panas ini, tetapi keseluruhan projek Strasbourg dan Chelsea menarik minat saya.

“Kini saya mahu mengemudi Racing (Strasbourg) di Eropah. Dengan kumpulan pemain ini, kami sudah memulakan sesuatu yang hebat dan saya mahu melihatnya sampai ke penghujung.

“Saya akan berikan segala-galanya untuk kelab musim ini. Saya juga berbincang dengan jurulatih mengenainya dan pandangannya penting bagi saya.” – AGENSI, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here