Home Segmen Kesihatan CANTIK SEMULAJADI ATAU KESAN KOSMETIK?

CANTIK SEMULAJADI ATAU KESAN KOSMETIK?

145
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Dalam era media sosial yang sarat dengan wajah sempurna dan testimoni kecantikan, orang ramai dinasihatkan agar lebih bijak menilai perbezaan antara hasil penjagaan kulit secara semula jadi dan kesan prosedur kosmetik.

Public Health Malaysia menerusi perkongsian di media sosial menegaskan bahawa pengguna berhak mengetahui sama ada sesuatu penampilan itu asli atau sudah diubah melalui prosedur estetik seperti suntikan, pembedahan plastik atau rawatan invasif lain.

Ramai yang ingin kelihatan cantik tetapi sebenarnah cantik itu pilihan dan pengguna berhak tahu yang mana asli, yang mana hasil prosedur kosmetik.

Kini, platform media sosial dipenuhi dengan promosi wajah tegang, bibir penuh, hidung mancung dan dagu runcing, namun ramai mendakwa semua itu hasil penggunaan produk kecantikan semata-mata, tanpa pendedahan jujur mengenai penggunaan kosmetik.

Public Health Malaysia turut berkongsi ciri-ciri wajah semula jadi yang wajar difahami pengguna antaranya adalah:

  • Terdapat garis halus semasa bercakap atau ketawa, terutamanya di tepi mata, dahi dan sekitar mulut.
  • Simetri wajah yang tidak terlalu sempurna.
  • Tekstur kulit yang realistik dengan liang pori kelihatan, bukan seperti permukaan porcelin.
  • Ekspresi wajah yang berubah selari dengan emosi seperti gembira atau sedih.

Namun, kita juga boleh mengesan wajah yang sudah menjalani prosedur kosmetik iaitu:

  • Apabila bercakap atau marah, dahi tetap tenang tanpa garisan
  • Kening terlalu terangkat atau bentuk pelik
  • Pipi terlalu bulat atau terangkat tinggi
  • Hidung jadi sangat tajam, tinggi di bahagian batang
  • Bibir atas menjadi terlalu tebal, kadang terangkat hingga menutup gigi
  • Dagu terlalu panjang, bulat dan tajam

Orang ramai digalakkan menyemak latar belakang produk dan rawatan kecantikan sebelum membuat keputusan, dan mengutamakan kesejahteraan serta keselamatan diri berbanding mengejar kesempurnaan rupa paras.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here