Home Sukan CADDY PROFESIONAL MULA MENDAPAT TEMPAT

CADDY PROFESIONAL MULA MENDAPAT TEMPAT

147
0

KUALA LUMPUR: Kerjaya sebagai caddy profesional babitkan komuniti India di negara ini makin mendapat tempat dan ia akan terus diperkasakan selepas ini.

Melalui inisiatif Malaysian Indian Skills Initiative (MiSI) dengan kerjasama Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan AMS Caddy Academi, bertujuan untuk menggalakkan belia India menceburi industri golf yang semakin berkembang di Malaysia serta meningkatkan daya saing pekerja tempatan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, inisiatif MiSI dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) serta MGA dan AMS Caddy Akademi dilihat cukup baik dan beliau menzahirkan sokongan terhadap program ini dan menekankan kepentingan penyertaan tenaga kerja tempatan dalam industri golf

“Saya gembira melihat KESUMA, melalui inisiatif miSI, bekerjasama dengan sektor swasta untuk melatih rakyat Malaysia agar mereka bersedia mengisi kekosongan pekerjaan yang ada.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat permintaan untuk 4,000 caddy di seluruh Malaysia, namun hanya 2,000 caddy tersedia di pasaran.

“Sebilangan besar pekerjaan ini diisi oleh pekerja asing, sedangkan jawatan ini sebenarnya dikhaskan untuk rakyat tempatan. Saya percaya, faktor gaji yang menarik telah menarik minat pekerja asing ke bidang ini.

“Oleh itu, saya ingin menggesa rakyat Malaysia untuk merebut peluang ini dan membina kerjaya sebagai caddy profesional.

“Pekerjaan ini bukan sekadar memberi pendapatan, tetapi juga menjadikan anda duta negara kepada ramai pemain golf antarabangsa yang datang ke Malaysia untuk bermain,” katanya.

Program MiSI bukan sahaja menyediakan latihan kemahiran tetapi turut menawarkan jaminan pekerjaan selepas tamat latihan. Para peserta menerima pakej manfaat yang menyeluruh, termasuk perlindungan insurans, pelan perkembangan kerjaya yang tersusun, serta gaji yang lebih tinggi daripada paras gaji minimum negara. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here