Gua Musang: Seorang buruh warga bangladesh ditemukan lemas apabila terjatuh ke dalam sungai nenggiri ketika melakukan kerja di tapak projek hidro Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kampung Star, di sini.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam itu, mangsa, MD Kashem Sikdar, 35, dikatakan terjatuh bersama besi paip yang dipanjatnya.
Ketua polis daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata ketika melakukan kerja di tapak projek mangsa memakai peralatan keselamatan yang lengkap.
Menurutnya kejadian disaksikan seorang penyelia di kawasan itu yang melihat mangsa terjatuh bersama besi paip yang dipanjatnya.
“usaha menyelamat mangsa menjadi sukar kerana arus sungai yang deras. Pada jam 12.40 tengah hari, mangsa dinaikkan ke darat menggunakan sampan.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital gua musang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Sumber: BH Online
– Imedikel TV






