LANGKAWI: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikesan memandu kereta jenis toyota vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di jalan bukit tangga di sini, malam tadi.
Kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumah.Dia dikatakan bersama adiknya berusia tiga tahun untuk ke kedai, membeli mainan.
Video kemalangan terbabit tular tengah malam tadi, orang ramai terkejut apabila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.
Ketua polis daerah langkawi, asisten komisioner shariman ashari, mengesahkan kejadian dalam video tular itu berlaku di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, berhampiran Kampung Titi Chanwang jam 11.15 malam.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, susulan itu, pemandu kereta luka di dahi manakala penumpang tidak cedera.
Shariman berkata, kereta terbabit dipercayai dipandu kanak-kanak terbabit dari kediaman mereka di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka sejauh 2.5 kilometer tanpa pengetahuan ibu bapa.
Katanya kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.
SUMBER BH ONLINE
Imedikel TV






