Home Buletin Semasa BOMBA, POLIS BANTU BAWA JENAZAH WANITA OBESITI SEBERAT 220KG KE HOSPITAL

BOMBA, POLIS BANTU BAWA JENAZAH WANITA OBESITI SEBERAT 220KG KE HOSPITAL

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

GUA MUSANG: Jenazah wanita obesiti seberat 220kilogram (kg) dibawa ke Hospital Gua Musang, di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan (PBK) II Nik Mohd Fakri Md Nawi, berkata pihaknya menerima panggilan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengangkat jenazah wanita tersebut ke hospital yang meninggal dunia dalam

“Kami menerima panggilan telefon daripada anggota polis sekitar jam 8.47 malam untuk bantuan mengambil mayat obesiti dan kami tiba di lokasi pada jam 9.03 malam.

“Apabila tiba, didapati benar terdapat seorang mangsa obesiti meninggal dunia di dalam rumah di Kampung Sungai Terah,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata setelah jenazah itu diangkat menggunakan pengusung, manakala polis membawanya ke Hospital Gua Musang menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik mereka.

Jelasnya, operasi itu tamat pada jam 9.30 malam dengan bantuan sembilan anggota bomba dengan satu jentera.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here