Home Buletin Semasa BN 9 PGA RAMPAS MINYAK PETROL BERNILAI RM 16,164

BN 9 PGA RAMPAS MINYAK PETROL BERNILAI RM 16,164

157
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PENGKALAN KUBOR: BN 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan minyak petrol yang dikesan di sekitar Pengkalan Haram Paija, di sini, pada Selasa.

Menurut satu ciapan di akaun Facebooknya, tangkapan dan rampasan itu dilakukan sepasukan anggota BN 9 PGA pada jam lebih kurang 6.30 petang apabila menemui sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN, di sini.

Hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis Proton mendapati anggaran lebih 80 liter minyak petrol ditemui di dalam tangki kenderaan tersebut yang telah diubah suai.

Suspek seorang lelaki warga tempatan dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup minyak petrol tersebut ke negara jiran. Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM 16,164.00 dan kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Hasil rampasan diserahkan ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyuludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here