Home Buletin Semasa KKM SAHKAN SATU KES POSITIF MPOX CLADE II

KKM SAHKAN SATU KES POSITIF MPOX CLADE II

115
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan Bilik Gerakan mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan sejak 16 Ogos lalu.

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan dalam suatu kenyataan, CPRC Kebangsaan terus memantau situasi mpox serta menyelaraskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon yang berkenaan.

“Mpox telah diisytiharkan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern – PHEIC) buat kali kedua pada 14 Ogos 2024 berikutan penularan clade Ib virus ini yang lebih pantas di Republik Demokratik Congo (DRC) dan negara-negara jiran di rantau Afrika.

“Daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini, satu kes telah disahkan positif mpox clade II pada 16 September lalu. Dengan itu juga, semua 10 kes di Malaysia sejak 26 Julai 2023 sehingga kini adalah daripada clade II sahaja, ”katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr. Muhammad Radzi pesakit tersebut adalah seorang lelaki warganegara yang mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak, dan batuk pada 11 September, manakala ruam mula muncul pada 12 September

Tambahnya pesakit tiada sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul, kini sedang dalam isolasi, dan berada dalam keadaan yang stabil.

“Semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenalpasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat.

“Bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan membolehkan orang ramai memainkan peranan dengan meningkatkan kawalan kesihatan kendiri, KKM meneruskan hebahan kepada orang ramai melalui pelbagai saluran media massa dan media sosial,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here