Home Buletin Semasa BILIK SERVER TRAFIK IPD GOMBAK TERBAKAR

BILIK SERVER TRAFIK IPD GOMBAK TERBAKAR

28
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

GOMBAK: Sebuah bilik server milik Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengalami kebakaran petang semalam.

Bagaimanapun kejadian itu tidak membabittkan sebarang kemalangan jiwa mahupun unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada kira-kira jam 4.04 petang selepas Pusat Kawalan Daerah Gombak menerima panggilan daripada Kaunter Aduan Trafik IPD Gombak.

“Sebaik menerima laporan, pihak polis segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selayang untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada kira-kira jam 4.50 petang.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kebakaran membabitkan bilik server di pejabat BSPT Gombak,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata, siasatan awal pihak bomba mendapati kebakaran tersebut menyebabkan kira-kira 50 peratus kerosakan pada kawasan yang terjejas.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden ini dan setakat ini tiada unsur jenayah atau khianat dikenal pasti,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here