Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Setiap kali tibanya bulan Ramadhan, sudah tentu juadah berbuka menjadi pilihan utama.
Tetapi, kebanyakan masyarakat kita terlalu mementingkan nafsu berbanding memilih makanan yang lebih sihat untuk berbuka puasa.
Memilih makanan yang sihat di bulan Ramadhan perlu diamalkan setiap masa.
Ini kerana, kita perlu menggandakan ibadat sekaligus perlu mengambil pemakanan yang sihat bagi mencegah kita daripada sembelit, makanan yang sukar dihadam, kandungan gula rendah dan kembung perut.
Apakah kunci pemakanan yang sihat pada bulan Ramadhan? Bukan hanya di bulan biasa, malah sepanjang bulan Ramadhan juga kita perlu mengambil diet yang seimbang berdasarkan piramid makanan.
Kita perlu mengambil bijirin, roti, nasi, buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging dan lain-lain serta minum air putih secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi.
Untuk juadah berbuka puasa, cukup dengan 3 biji kurma, setengah cawan jus buah-buahan, satu cawan sup sayur dan sekeping kuih.
Manakala pemakanan untuk bersahur pula, kita digalakkan mengambil satu setengah cawan nasi, satu ekor ikan goreng, satu cawan sup sayur, satu biji pisang atau tiga biji kurma dan satu gelas air kosong atau satu gelas susu rendah lemak.
Oleh itu, anda digalakkan mengamalkan pemakanan seimbang sepanjang bulan Ramadhan supaya kesihatan lebih terjamin untuk menjalani ibadah yang lebih sempurna.
IMedikel TV






