EMENANJUNG GAZA: Pejabat Akhbar Kerajaan Hamas melaporkan sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dalam serangan tentera Israel di Nuseirat, Gaza.
Jurucakap pejabat media kerajaan, Salama Maarouf, berkata serangan itu adalah satu daripada 60 serangan udara yang dilaporkan semalam.
“Ini adalah malam berdarah, malam yang sangat berdarah,” katanya.
Mohammed al-Tabatibi, 19, berkata tentera Israel mengebom rumah beliau ketika ibu dan makciknya sedang menyiapkan hidangan sahur.
“Ini ibu saya, ini ayah saya, ini ibu saudara saya, dan ini adik-beradik saya.
“Mereka mengebom rumah ketika kami berada di dalamnya. Ibu dan makcik sedang menyediakan juadah sahur. Mereka semua syahid,” katanya sebelum mayat disusun di atas trak untuk dibawa ke tanah perkuburan.
Dalam kejadian itu, seramai 36 ahli keluarga Tabatibi terkorban manakala Mohammed cedera di tangan kirinya.
Kementerian Kesihatan di Gaza, menyalahkan Israel atas serangan di Nuseirat, begitu juga dengan mangsa yang terselamat.
Ditanya mengenai serangan semalam, tentera Israel berkata ia menyasarkan dua “operasi pengganas” di Nuseirat sepanjang malam tanpa mengulas lanjut.
“Keadaan kejadian itu sedang dikaji semula,” katanya. – AFP, BH Online –
IMedikel TV






