Home Sukan BEKAS JUARA DUNIA LOMPAT TINGGI DITEMUI MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN

BEKAS JUARA DUNIA LOMPAT TINGGI DITEMUI MATI DENGAN KESAN TEMBAKAN

135
0

JOHANNESBURG: Bekas juara dunia lompat tinggi dari Afrika Selatan, Jacques Freitag ditemui mati dengan kesan beberapa tembakan selepas hilang selama dua minggu, lapor media negara itu, hari ini.

Menurut laporan Netwerk24, Freitag, 42, ditemui di kawasan rumput di tanah perkuburan di Pretoria West, Afrika Selatan dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.

Dia dilaporkan hilang selepas meninggalkan kediaman ibunya dengan seorang lelaki tidak dikenali pada 17 Jun lalu.

Sepanjang kariernya, Freitag muncul juara dunia di peringkat remaja dan senior.

Dia meraih pingat emas di Kejohanan Dunia pada 2003 di Paris dan mencatatkan rekod lompatan tertinggi peribadi 2.38 meter pada 2005. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here