Home Segmen Kesihatan BAU BADAN KURANGKAN KEYAKINAN DIRI

BAU BADAN KURANGKAN KEYAKINAN DIRI

281
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

Pernah tercium bau badan? Apa perasaan anda apabila tercium bau badan yang kurang menyenangkan lebih-lebih lagi apabila berada di kawasan yang sesak.

Ada sesetengah individu akan berasa mual dan loya malah ada juga yang termuntah gara-gara bau badan seseorang.

Menurut portal myhealth peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau.

Bau badan dipengaruhi juga oleh beberapa jenis makanan seperti bawang putih dan kari

Untuk pengetahuan, sesiapa sahaja boleh mengalami masalah tersebut. Bagaimanapun, remaja lelaki lebih cenderung mengalami masalah bau badan berbanding remaja perempuan.

Apakah tanda-tanda seseorang mengalami masalah tersebut? Secara amnya, bau badan yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh dan bau badan akan hilang selepas mandi.

Terdapat rawatan bagi mereka yang mempunyai masalah tersebut iaitu Gunakan sabun anti bakteri dan mereka boleh menggunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)

Bagaimanapun, mereka yang mengalami masalah bau badan boleh diatasi dengan mengamalkan petua untuk mengurangkan bau badan:

  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here