Home Sukan BARCELONA MENGGANAS

BARCELONA MENGGANAS

198
0

Barcelona: Robert Lewandowski dan Pablo Torre masing-masing menjaringkan dua gol ketika Barcelona membelasah Sevilla 5-1, awal pagi tadi untuk kekal tiga mata di depan Real Madrid selaku pendahulu Liga Liga.

Los Blancos menewaskan Celta Vigo semalam untuk terikat kedudukan dengan skuad Hansi Flick tetapi Barca kembali memintas menerusi serangan berbisa ketika menewaskan Sevilla di Stadium Olimpik Lluis Company.

Mereka mendahului tiga gol dalam tempoh 15 minit bermula dengan penalti Lewandowski selepas Raphinha dikasari pada minit ke-24.

Pedri meledak rembatan kencang dari luar kotak penalti untuk menggandakan jaringan empat minit kemudian sebelum Lewandowski menjaringkan gol ketiga dari jarak dekat pada minit ke-39.

Ia satu lagi prestasi hebat daripada trio penyerang Barca – Lamine Yamal, Lewandowski dan kapten Raphinha yang meledak 21 daripada 33 gol Barca dalam aksi La Liga musim ini.

Penyerang Poland Lewandowski mengumpul 12 gol dalam 10 perlawanan liga, sekali ganda berbanding Kylian Mbappe dan Ayoze Perez yang berkongsi tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak La Liga.

Pada babak kedua, Torre masuk daripada bangku simpanan untuk menjaringkan gol keempat pada minit ke-82 dan selepas Stanis Idumbo menghadiahkan gol sagu hati Sevilla minit ke-87, Torre melengkapkan kemenangan besar pasukannya menerusi sepakan percuma seminit kemudian.

Barcelona menduduki tangga teratas La Liga dengan 27 mata, tiga mata di depan Real Madrid dan tujuh mata meninggalkan Atletico Madrid di tangga ketiga manakala Sevilla yang meraih 12 mata menduduki tangga ke-13. – AFP. HMetro –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here