Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol anak perempuan berusia 14 tahun dalam sebuah rumah di Kuala Krai, April lalu.
Tertuduh juga seorang buruh berusia 33 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya berusia 14 tahun dalam sebuah rumah di Kuala Krai pada jam 11 malam, 13 April lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun, dan dikenakan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan jaminan kerana kes serius memandangkan hubungan tertuduh dengan mangsa adalah dilarang di bawah undang-undang, selain mengambil kira mangsa adalah anak kandung tertuduh yang sekali gus meningkatkan kebarangkalian berlaku gangguan sekiranya jaminan diberikan.
Hakim menetapkan 2 Oktober depan sebagai sebutan semula kes dan tertuduh ditahan reman.
IMedikel TV






