Home Luar Negara BANJIR DI THAILAND: 4 MAUT, 14,328 ISI RUMAH TERJEJAS

BANJIR DI THAILAND: 4 MAUT, 14,328 ISI RUMAH TERJEJAS

281
0

BANGKOK: Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di utara dan tengah Thailand, mengakibatkan empat kematian dan menjejaskan 14,328 isi rumah, menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) pada Rabu.

DDPM melaporkan mangsa yang terkorban termasuk dua individu yang terbabit dalam tanah runtuh di wilayah Chiang Mai, manakala dua lagi maut akibat banjir di Chiang Rai.

Chaiwat Chuntirapong, Ketua Pengarah DDPM, melaporkan keadaan banjir kekal kritikal di tujuh wilayah termasuk Chiang Rai, Chiang Mai, Tak, Sukhothai, Phitsanulok, Ang Thong dan Ayutthaya, setakat Isnin.

“Pada masa ini, 17 daerah, 97 mukim, 450 kampung dan 14,328 isi rumah masih terjejas. DDPM sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa wilayah, badan pentadbiran tempatan dan agensi berkaitan untuk mempercepatkan bantuan kepada mereka yang terjejas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengaitkan keadaan cuaca buruk itu disebabkan oleh alur monsun sederhana yang melintasi kawasan utara dan timur laut Thailand, digabungkan dengan sistem tekanan rendah di utara Vietnam dan Teluk Tonkin.

Beliau juga berkata monsun barat daya yang sedang berlarutan di Laut Andaman, Thailand, dan Teluk Thailand memburukkan lagi keadaan. – BERNAMA, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here