Home Hiburan BANGUN TIDUR, HANNAH DELISHA TERKEJUT DAHI ADA KESAN MERAH BENTUK BUNGA

BANGUN TIDUR, HANNAH DELISHA TERKEJUT DAHI ADA KESAN MERAH BENTUK BUNGA

20
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Hannah Delisha, 29, berkongsi pengalaman mencemaskan apabila mendakwa terdapat kesan merah menyerupai bentuk bunga semanggi atau clover pada dahinya selepas bangun daripada tidur.

Memetik laporan Harian Metro, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata, kejadian itu berlaku ketika menjalani penggambaran drama bersiri Dia Perempuan Sialan di Pulau Carey, Selangor.

Menurutnya, kesan berkenaan hanya disedari pada hari terakhir penggambaran dan sehingga kini dia tidak mengetahui punca sebenar perkara itu berlaku.

“Bila saya bangun tidur, saya perasan ada kesan merah di dahi. Macam bentuk bunga clover, macam kena cop.

“Bila ditutup dengan mekap pun masih boleh nampak kesan merah itu. Yang peliknya ia bukan lebam sebab warnanya merah, bukan biru kehitaman,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hannah berkata, kesan tersebut tidak menyebabkan sebarang kesakitan dan hilang dengan sendiri selepas kira-kira dua hari.

“Saya fikir kalau kesan disebabkan benda lain, mesti ada puncanya. Tapi ini tiba-tiba muncul dan selepas dua hari terus hilang. Tak sakit, tak rasa apa-apa pun.

“Saya tak berani nak fikir lebih-lebih.

Pengarah cuma bergurau mungkin ‘dia’ cium saya,” katanya sambil ketawa.

Selain kejadian itu, Hannah turut berkongsi pengalaman kru produksi berdepan beberapa gangguan ketika menjalani penggambaran di sebuah rumah kosong di lokasi terbabit.

Katanya, pintu tandas di rumah berkenaan beberapa kali terbuka sendiri selama dua malam berturut-turut.

“Pada mulanya orang lain yang nampak, tetapi keesokkannya saya sendiri tengok pintu itu terbuka sendiri dua kali dan saya yang menutupnya semula.

“Alhamdulillah, setakat ini gangguan yang berlaku tidaklah mengganggu kerja kami dengan serius,” katanya.

Hannah berkata, dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat pelindung seperti ayat Kursi dan tiga Qul sebelum memulakan kerja bagi memastikan dirinya lebih tenang dan dilindungi.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here