KUALA LUMPURr: Faisal Halim mendedahkan ‘harimau’ muncul di bilik persalinan ketika rehat separuh masa dan situasi itu membakar semangat mereka untuk untuk tampil dengan permainan lebih ‘mengancam’ selepas rehat.
Memetik laporan menerusi berita harian,Tempoh rehat yang singkat itu membantu skuad Harimau Malaya memperaga kebangkitan menakjubkan seterusnya menang 4-3 ke atas Kyrygzstan pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Saya tak boleh ceritakan apa yang terjadi, tetapi jurulatih (Kim Pan Gon) marah, macam harimaulah dalam itu (bilik persalinan) tetapi itu adalah karakter jurulatih Pan Gon.
“Beliau tidak mahu anak buah lalai dan beliau tekankan supaya kita cuba bangkit. Tetapi kita bolos gol ketiga dan ini satu situasi yang amat sukar buat kita kerana ketinggalan dua gol.
“Tetapi rezeki kita untuk mendapat tiga gol apabila kami berjuang sehingga minit akhir perlawanan,” kata Faisal.
Pada aksi terbabit, Faisal muncul wira buat negara apabila meledak gol kemenangan pada minit akhir selepas menyudahkan hantaran Arif Aiman Hanapi sekali gus melengkapkan kebangkitan bergaya tuan rumah.
Ketinggalan 3-1 sehingga minit ke-71 namun anak buah Pan Gon meledak tiga gol dalam tempoh 18 minit terakhir untuk kemenangan pertama mereka pada pusingan kelayakan kali ini.
Dalam perkembangan sama, pemain lincah itu turut mendedahkan dia beraksi dalam keadaan kekejangan namun ia terbalas apabila berjaya menghasilkan gol kemenangan buat negara.
“Saya mula kejang pada minit ke-80 dan sebelum jaringan kemenangan itu. Tetapi saya tidak mahu menyerah kalah dan berputus asa sehingga perlawanan tamat.
“Alhamdullilah rezeki Allah itu luas dan kami mendapat kejayaan pada malam ini (semalam),” katanya
-BH ONLINE-
Imedikel TV






