Home Hiburan AZAR AZMI TAMPIL BUAT PENJELASAN DALAM MELODI MALAM INI

AZAR AZMI TAMPIL BUAT PENJELASAN DALAM MELODI MALAM INI

55
0

Kuala Lumpur: Pelakon Azar Azmi tampil membuat penjelasan berhubung situasi terkininya yang berdepan dugaan hidup selepas ditahan pihak berkuasa berkaitan kes penipuan, Mac lalu.

Ia adalah kemunculan pertama Azar atau nama penuhnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 35, selepas dibebaskan bagi membantu siasatan kes penipuan penjualan tanah kurnia membabikan kerugian RM1.5 juta dan urusan darjah kebesaran.

Pelakon drama Nur itu berkongsi perasaannya berkenaan pandangan sinis masyarakat terhadapnya selepas dikaitkan dengan kejadian terbabit yang sedikit-sebanyak mencalarkan namanya.

Dia juga berkongsi ketabahannya yang bertahan dengan suami demi anak-anak.

“Saya mengimpikan keluarga yang tidak gagal sehingga mati, tetapi tidak menyangka perkara ini terjadi,” katanya dalam klip video pendek yang tular sejak semalam.

Difahamkan, ia adalah antara sedutan penjelasan pelakon itu secara eksklusif dalam program Melodi TV3 yang akan disiarkan malam ini.

Sebelum ini, peminat dikejutkan apabila pelakon wanita itu dan suami ditahan bagi siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu ditahan di tempat persembunyian di di sebuah madrasah tahfiz di Hulu Langat, Selangor.

Ia susulan seorang ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun dan seorang usahawan produk kecantikan membuat laporan polis.

Azar bagaimanapun dibebaskan dan kini dijadikan saksi pendakwaan bagi kedua-dua kes terbabit. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here