Home Luar Negara AUSTRALIA SEKAT PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU KEDUTAAN RUSSIA

AUSTRALIA SEKAT PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU KEDUTAAN RUSSIA

168
0

Sydney, AUSTRALIA: Kerajaan Australia akan menyekat pembinaan Kedutaan Russia yang baharu berhampiran bangunan Parlimen negara itu, dengan alasan itu ancaman terhadap keselamatan negara.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, berkata kerajaan Russia mempunyai pajakan terhadap sebidang tanah berhampiran bangunan Parlimen di ibu negara Australia, Canberra tapak bangunan kedutaan baharunya.

Kerajaan Australia sebelum ini gagal dalam usaha menamatkan perjanjian pajakan lama itu yang mula ditandatangani pada 2008.

Albanese berkata, selepas jalan perundangan lain gagal, undang-undang baharu akan diperkenal untuk menyekat pembangunan atas alasan keselamatan negara.

“Kerajaan menerima nasihat keselamatan yang sangat jelas mengenai risiko yang ditimbulkan oleh kehadiran bangunan baharu milik Russia begitu dekat dengan bangunan Parlimen.

“Kami bertindak pantas untuk memastikan tapak pajakan itu tidak menjadi tempat diplomatik rasmi,” katanya kepada pemberita.

Pada masa yang sama, Menteri Dalam Negeri, Clare O’Neil, berkata cadangan kedutaan baharu Russia menimbulkan ancaman yang jelas.

“Masalah utama dengan cadangan Kedutaan Russia kedua di Canberra ialah lokasinya,” katanya.

“Lokasinya terletak bersebelahan dengan bangunan Parlimen,” katanya.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here