Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
Mungkin ramai yang menghadapi masalah penghadaman seperti pedih ulu hati, kembung perut.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) antara tabiat pemakanan yang memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman termasuk pengambilan makanan dan minuman seperti kopi, alkohol, makanan berlemak dan pedas.
Selain itu, makan secara berlebihan atau terlalu cepat juga boleh memburukkan lagi keadaan tersebut.
Beberapa penyakit turut dikaitkan dengan masalah penghadaman. Antaranya ialah hiatus hernia, gastritis, ulser perut, penyakit radang usus, dan batu hempedu. Semua keadaan itu boleh menyebabkan gangguan pada fungsi sistem pencernaan.
Berat badan berlebihan dan kehamilan juga dilihat sebagai faktor risiko, kerana tekanan tambahan terhadap perut boleh menyebabkan asid naik semula ke esofagus, sekali gus mencetuskan simptom refluks.
Di samping itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit dan anti-radang turut meningkatkan risiko mengalami keradangan perut dan ulser.
Tekanan emosi dan kebimbangan juga tidak harus diabaikan, kerana ia boleh memberi kesan langsung terhadap keseimbangan sistem penghadaman.
Dan akhir sekali adalah merokok. Merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan paru-paru dan jantung, malah ia turut menjadi penyumbang masalah penghadaman.
IMedikel TV






