Home Buletin Semasa APA YANG ANAK MUDA INGINKAN TERHADAP PRN?

APA YANG ANAK MUDA INGINKAN TERHADAP PRN?

181
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Pengundi muda yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, dilihat cenderung memilih pemimpin yang mudah didekati sekali gus akan menjadi penentu corak pengundian golongan berkenaan.

Golongan muda memainkan peranan penting dalam membuktikan suara mereka sekaligus menentukan pucuk pimpinan negeri.

Pengundi muda yang juga pekerja swasta, Amir Mustaqim Hasan, 25, berkata pilihan anak muda akan menjadi representasi politik dan memberi kesan yang besar kepada pemilihan kerajaan negeri kali ini.

Amir Mustaqim Hasan berkata anak muda memainkan peranan penting dalam PRN kali ini demi memartabatkan kesejahteraan negeri.

“Saya menginginkan pemimpin yang dapat memberi segala kemudahan kepada rakyat serta menjamin kedaulatan dan keharmonian negeri, tidak dilupakan kepada golongan belia terutamanya kemudahan dalam aspek pendidikan,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, rata-rata golongan muda semakin bijak menentukan pemimpin pilihan mereka, terutama menerusi maklumat yang diperoleh di platform media.

“Ramai golongan anak muda yang berhijrah ke negeri luar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik, jadi harapan saya dengan PRN kali ini dapat juga membantu membangunkan lagi negeri Kelantan dan Terengganu terutamanya dalam infrastruktur serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia,” katanya.

Katanya, pemimpin harus berusaha untuk memenangi hati golongan belia dengan mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu yang menarik minat anak muda. 

Shahiran Shahmin, 23, berkata jika diberi peluang mengundi, dia akan memilih  pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan tanggungjawab serta amanah untuk diundi pada PRN nanti.

Shahiran Shahmin berharap anak muda dapat membuat pilihan dengan bijak.

“Calon yang akan bertanding nanti, mereka mestilah mesra dengan rakyat dan selalu turun padang dengar luahan hati rakyat setempat, fahami masalah rakyat serta banyak buat kerja dan kurangkan beri alasan.

“Salah satu masalah yang rakyat hadapi adalah permasalahan jalan raya yang tiada lampu jalan, seharusnya calon yang terlibat dalam PRN ini patut sedar akan lampu jalan yang menjadi keutamaan kerana ia boleh mengundang bahaya terhadap pengguna serta orang sekeliling malah cenderung kepada kemalangan,” katanya.

Shahiran berharap pemilihan kerajaan negeri baharu menerusi PRN itu mampu membawa sesuatu pembaharuan yang lebih baik serta memperjuangkan hak rakyat.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here