Home Buletin Semasa ANAK PENIAGA KEDAI MAKAN ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UMK

ANAK PENIAGA KEDAI MAKAN ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UMK

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

BACHOK: Kecemerlangan akademik melayakkan Mohamad Sulhi Mohamad Sabrry, 23, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-15 UMK (Sidang Pertama) di UMK Bachok, di sini, pada Isnin.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Perniagaan dengan Bahasa Inggeris (Kepujian) di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.97.

“Saya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.97 dan alhamdulillah, setiap semester saya berjaya tersenarai dalam Anugerah Dekan.

“Pegangan hidup saya adalah keluarga. Mereka menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan dalam setiap langkah saya.

“Saya percaya, tanpa sokongan keluarga, ramai pelajar akan bergelut untuk menamatkan pengajian.

“Cabaran paling besar bagi saya pula ialah mengatasi sikap malas, kerana ia boleh menghalang pencapaian akademik seseorang,” katanya ketika ditemui di sini.

“Saya rasa keluarga yang menjadi tulang belakang kepada pelajar jadi tanpa keluarga saya percaya yang para pelajar akan bergelut dalam menghabiskan pelajaran mereka.

Jelasnya, kejayaan itu tidak akan tercapai tanpa sokongan padu ibu bapanya, Sulekha Ali dan Mohamad Sabrry Abd Ghani, masing-masing berumur 57 tahun, yang mengusahakan perniagaan kedai makan.

“Saya menzahirkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterima. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang tidak jemu menyokong saya,”katanya.

“Jadi, saya tahu harapan keluarga saya. Saya merupakan harapan keluarga. Jadi, ini adalah satu bukti penghargaan kepada mereka,” katanya.

Anak kelahiran Kemamam, Terengganu itu kini bekerja di sebuah syarikat di Terengganu sebagai eksekutif pemasaran.

“Selepas menjalani latihan industri di sebuah syarikat marin, saya terus ditawarkan bekerja di syarikat sama sebagai eksekutif pemasaran,” katanya.

“Saya sudah bekerja di kemamam terengganu di syarikat marin sebagai sales executive.. saya sambung di tempat latihan industri, dapat tawaran,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here