KAHERAH: Hannibal Gaddafi, anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, dipindahkan dari penjara Lubnan ke hospital dalam keadaan ‘kritikal’, lapor TV Al-Hadath yang berpangkalan di Dubai semalam.
Hannibal melancarkan mogok lapar bulan lalu sebagai protes terhadap pemenjaraannya tanpa bicara sejak 2015.
Memetik sumber yang tidak dikenali, Al-Hadath berkata Hannibal mengalami penurunan paras gula dalam darah secara mendadak.
Gaddafi didakwa di Lubnan kerana menyembunyikan maklumat mengenai nasib Imam Musa al-Sadr, seorang ulama Syiah Lubnan yang hilang ketika dalam perjalanan ke Libya pada 1978.
Muammar Gaddafi ditahan dan dibunuh oleh pemberontak pada 2011.
Sumber BH Online
Sumber REUTERS
Imedikel TV






