Home Hiburan AMANDA MISBUN MAHU LEBIH AKTIF ‘BERAKSI’ TAHUN INI

AMANDA MISBUN MAHU LEBIH AKTIF ‘BERAKSI’ TAHUN INI

70
0

Mengambil pendekatan bertenang dengan mengurangkan aktiviti seni untuk tempoh beberapa tahun bagi menumpukan perhatian terhadap anak-anak.

Memetik laporan harian Metro, kini, selepas mereka semakin membesar, pelakon Amanda Misbun mula mengorak langkah untuk aktif semula dalam bidang lakonan yang diceburinya sejak 18 tahun lalu.

“Semasa tempoh membesarkan anak itu, saya tidaklah terus berhenti berlakon. Saya masih berlakon juga. Cuma tiada publisiti meluas melainkan promosi di sosial media sendiri sahaja.

“Alhamdulillah… Mei lalu saya kembali masuk set semula. Saya amat berterima kasih kepada penerbit, Datuk Razlan Ismail kerana sentiasa menghargai bakat saya, lebih dari mengira ‘follower’ (pengikut) media sosial saya.

“Bakat seni saya juga mengalir kepada anak sulung saya, Qisya Hairulzain. Minatnya pada bidang lakonan amat mendalam sehingga muncul pemenang anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM33) dua tahun lalu,” katanya. 

Amanda, 37, mengharapkan tahun ini menjanjikan lebih banyak peluang untuknya mengembangkan lagi bakat lakonan.

“Pada 25 April lalu drama lakonan saya, Deris Deraman arahan Sabri Yunus disiarkan di TV1 RTM dan mendapat sambutan positif daripada penonton.

“Paling menarik, anak kedua saya, Abdul Khaliq, 12, turut berlakon dan lakonannya mendapat pujian daripada peminat. Ia satu permulaan baik untuknya.

“Drama terbitan Dream At Work Sdn Bhd ini sememangnya mantap kerana menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Nad Zainal, Amerul Affendi, Sabri Yunus, Rahim Jailani. Ammar Titan, Zalif Sidek, Angeline Tan dan Kilafairy,” katanya.

Amanda kini sibuk di lokasi drama Awokening arahan Datuk Razlan Ismail terbitan Dream At Work.

Sepanjang pembabitannya, adik kepada Haliza Misbun ini sudah membintangi puluhan drama antaranya Kekasihku Seru, Bio-Nik, Angin Rindu Sarajevo, Na O Mei, Jidin, Tanah Kubur dan banyak lagi.

Dia juga pernah membintangi tiga filem iaitu Andartu Terlampau… 21 Hari Mencari Suami arahan kakaknya Haliza Misbun, Klip 3GP dan Magik. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here