Home Sukan ALONSO GESA VERSTAPPEN JAGA TUTUR KATA

ALONSO GESA VERSTAPPEN JAGA TUTUR KATA

201
0

LONDON: Fernando Alonso memberi amaran kepada Max Verstappen mengenai kata-kata kesat pada ketika pemandu Red Bull itu terus gelisah dengan pencapaian pasukannya.

Juara dunia bertahan itu sebelum ini didenda menjelang Grand Prix (GP) Singapura kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika sidang media ketika ditanya mengenai prestasinya dalam perlumbaan sebelum itu.

Verstappen dikenakan hukuman khidmat masyarakat oleh FIA dengan harapan perkara itu tidak berulang lagi pada masa depan.

Majoriti pemandu menyokong Verstappen dan kumpulan WhatsApp Persatuan Pemain Grand (GPDA) yakin hukuman itu tidak masuk akal dan menggesa pemandu Belanda itu tidak mematuhi hukuman dikenakan.

Bagaimanapun, Alonso menyanggah pendapat pemandu lain dan memberi amaran kepada Verstappen mengenai kata-katanya.

Alonso ketika ini melalui musim tidak menentu bersama Aston Martin, tetapi pendapatnya boleh diguna pakai sebagai antara pemandu paling berpengalaman dalam F1.

Alonso berkata: “Peminat memberikan kita tanggungjawab besar kerana kita adalah ‘role model’ kepada ramai orang. Jadi, kita perlu mempamerkan sikap yang baik.

“Anda harus bersedia untuk menjadi role model apabila anda mahu, begitu juga ketika anda tidak mahu menjadi role model.

“Apabila anda berkata sesuatu yang tidak betul, anda perlu mengawal diri dan meletakkan had serta bercakap dengan baik. -Agensi, HMetro Online-

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here