Home Sukan ALISSON CEDERA, TERLEPAS PELUANG BERSAMA BRAZIL

ALISSON CEDERA, TERLEPAS PELUANG BERSAMA BRAZIL

231
0

Rio de Janeiro: Penjaga gol Liverpool, Alisson, akan terlepas dua perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama Brazil selepas mengalami kecederaan semasa kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Crystal Palace menurut Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF).

Weverton dari Palmeiras dipanggil untuk menggantikannya apabila Brazil berdepan Chile di Santiago pada 10 Oktober sebelum menerima kunjungan Peru di Brasilia pada 15 Oktober, menurut satu kenyataan.

Alisson “meninggalkan padang dalam perlawanan Liga Perdana kerana mengadu sakit di pahanya,” kata CBF.

“Jabatan perubatan pasukan kebangsaan menghubungi kelab England dan dimaklumkan bahawa dia tidak dapat bermain dalam kedua-dua perlawanan.”

Awal minggu ini, jurulatih Brazil, Dorival Jr, sudah terpaksa memanggil Lucas Beraldo dari Paris Saint-Germain untuk menggantikan Bremer setelah pertahanan tengah Juventus itu mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate.

Brazil kini berada di tempat kelima dalam kelayakan Piala Dunia CONMEBOL dengan 10 mata selepas lapan perlawanan dengan enam pasukan teratas daripada 10 pasukan akan terus layak. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here