Home Sukan AL-NASSR CIPTA REKOD 14 KEMENANGAN BERTURUT-TURUT

AL-NASSR CIPTA REKOD 14 KEMENANGAN BERTURUT-TURUT

87
0

RIYADH: Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian pendahulu Liga Pro Saudi, Al-Nassr mencipta rekod kemenangan terpanjang dalam sejarah kelab itu selepas menewaskan Al-Akhdoud 2-0 hasil jaringan Cristiano Ronaldo dan Joao Felix awal pagi tadi.

Al-Nassr kini mengungguli carta dengan 73 mata daripada 28 perlawanan, lima mata di depan pasukan tangga kedua Al-Hilal dengan berbaki enam perlawanan.

Ia merupakan kemenangan ke-14 berturut-turut buat Al-Nassr, sekali gus memecahkan rekod lama kelab yang dicatat pada musim 2013-2014, menurut kenyataan Liga Pro di laman rasminya.

Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-15 dengan penyudah jarak dekat untuk gol ke-24 musim ini, hanya tiga gol di belakang penjaring terbanyak liga, Ivan Toney dari Al-Ahli.

Joao Felix menggandakan kelebihan dua minit selepas rehat dengan penamat mudah hasil bola muntah selepas tandukan Kingsley Coman terkena tiang gol. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here