Home Sukan AL AHLY KELAB KETIGA TERBAIK DUNIA

AL AHLY KELAB KETIGA TERBAIK DUNIA

120
0

JEDDAH, Arab Saudi: Juara Afrika, Al Ahly meraih tempat ketiga pada Piala Dunia Kelab selepas mengatasi tentangan Urawa Reds sebelum menang 4-2 di Jeddah awal pagi tadi.

Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Kelab dari Mesir itu bermula cemerlang apabila jaringan Yasser Ibrahim dan Percy Tau membantu mereka mendahului 2-0 dalam tempoh 25 minit pertama.

Juara Asia, Urawa tumpas di tangan Manchester City pada separuh akhir tetapi mereka mampu mencetus kebangkitan pada setiap babak berdepan Al Ahly.

Jose Kante mengurangkan defisit dua minit sebelum rehat manakala Alexander Scholz menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-54 untuk menyamakan kedudukan.

Al Ahly hanya mengambil masa enam minit untuk kembali mendahului apabila Yoshio Koizumi menampan percubaan Mohamed Hany ke dalam pintu golnya sendiri.

Ali Maaloul kemudian terlepas peluang menambah gol menerusi penalti tetapi menebus kesilapan itu dengan gol menerusi sepakan eprcuma pada masa kecederaan sekali gus memastikan pingat gangsa milik mereka. – AFP-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here