ATLANTA: Lionel Messi menangis selepas kejayaan Argentina menewaskan Mesir – kerana dia sekali lagi gagal menyempurnakan penalti.
Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, bintang Argentina itu menangis selepas tamat masa berikutan pasukannya sekali lagi mencipta kejayaan besar di Piala Dunia apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 berbaki 11 minit aksi sebenar.
Messi, 39, menyamakan kedudukan selepas Cristian Romero mencetuskan kebangkitan dengan dia gagal mengawal emosinya.
Namun semuanya pasti berbeza jika dia menyempurnakan penalti bagi menjadikan kedudukan 1-1 pada babak pertama.
Dan kerana itulah dia menangis, kerana persembahan buruknya mengambil penalti menyebabkan seluruh negaranya hampir berdepan masalah.
Bercakap selepas itu, Messi berkata: “Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dalam aksi hari ini, terutama selepas gagal menjaringkan penalti itu.
“Jika saya berjaya melakukannya, ia pasti akan mengubah dinamik perlawanan. Kami sebenarnya bermain baik, walaupun kami melepaskan gol.”
Dalam proses berkenaan, Messi mencipta sejarah yang tidak dimahukan, menjadi pemain pertama gagal menyempurnakan dua penalti di Piala Dunia.
Ini adalah penalti ke-150 diambilnya dan yang ke-34 gagal dilaksanakannya.-Agensi, HMetro Online-
IMedikel TV






