Home Segmen Kesihatan AIR LAUT PENAWAR GATAL PADA KULIT

AIR LAUT PENAWAR GATAL PADA KULIT

574
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

Majoriti sudah sinonim dengan petua orang lama mengatakan air laut boleh menjadi penawar untuk mengatasi masalah kegatalan pada kulit badan.

Ramai yang cuba untuk ikhtiar dengan petua itu dan mendapati ia dapat memberi perubahan yang berkesan.

Ini adalah salah satu rawatan tradisional yang kerap digunakan sejak dahulu sehingga kini.

Sebagai contoh, biasanya ibu bapa membawa anak kecil mereka yang mengalami kegatalan pada kulit seperti ekzema, kudis atau lain-lain untuk direndam di dalam air laut.

Rendaman itu sekurang-kurangnya dalam masa 15 hingga 30 minit.

Menurut portal hellodoktor, air laut dikatakan mengandungi mineral semula jadi seperti magnesium, natrium dan kalium yang dapat membantu mengurangkan keradangan pada sendi, meningkatkan peredaran darah dan melegakan otot yang tegang.

Antara manfaat lain ialah:

  1. Kesan terapi pada badan: garam yang terkandung dalam air laut dapat menghilangkan rasa lesu pada badan.
  2. Kesan detoksifikasi: air laut dapat membantu membuang toksin melalui kulit dan menjadikannya lebih sihat.
  3. Menguatkan sistem imun: apabila berenang atau berendam di dalam air laut ia dapat menguatkan sistem imun kerana tubuh terdedah kepada mineral yang baik.
  4. Melembutkan kulit kering: garam laut bertidak sebagai eksfoliator semual jadi yang menanggalkan sel kulit mati, menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

Namun, pastikan rendaman itu tidak terkena pada sebarang luka terbuka bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here