Home Luar Negara ABAI ANAK: LELAKI DIHUKUM CUCI MASJID 100 JAM

ABAI ANAK: LELAKI DIHUKUM CUCI MASJID 100 JAM

42
0

Banda Aceh: Kejaksaan Negeri (Kejari) atau Pejabat Pendakwa Raya Banda Aceh mula melaksanakan hukuman kerja sosial terhadap seorang pesalah yang disabitkan dalam kes pengabaian anak, lapor Kompas.

Memetik laporan Harian Metro, Pelaksanaan hukuman itu menjadi yang pertama dilaksanakan oleh Kejari Banda Aceh sejak hukuman kerja sosial diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (KUHP) baharu.

Pesalah dikenali sebagai WA, 39, menjalani hukuman kerja sosial di Masjid Jami Al Hidayah, Gampong Peurada, Kecamatan Syiah Kuala, Banda Aceh.

Di lokasi berkenaan, WA diwajibkan membersihkan beberapa kawasan masjid mengikut jadual dan ketetapan yang ditetapkan.

Ketua Kejaksaan Negeri Banda Aceh, Bobbi Sandri berkata, WA dijatuhi hukuman kerja sosial selama 100 jam.

Menurutnya, hukuman itu dilaksanakan dalam bentuk aktiviti membersihkan persekitaran Masjid Jami Al Hidayah.

“WA dijatuhi hukuman kerja sosial selama 100 jam. Hukuman kerja sosial itu dilaksanakan dengan aktiviti membersihkan masjid,” katanya.

Bobbi berkata, pelaksanaan hukuman kerja sosial itu menjadi rekod baharu bagi Kejari Banda Aceh kerana ia adalah yang pertama berdasarkan peruntukan KUHP baharu.

“Pelaksanaan hukuman kerja sosial itu adalah yang pertama berdasarkan undang-undang KUHP baharu,” katanya di Banda Aceh semalam.

Dalam pelaksanaannya, WA membersihkan kawasan masjid yang menjadi kemudahan awam serta diwajibkan mematuhi arahan petugas dan menjaga ketenteraman sepanjang menjalani hukuman.

Bobbi berkata, kerja sosial berkenaan dilaksanakan selama lima jam setiap hari.

Katanya, hukuman itu boleh dilaksanakan sehingga maksimum 10 hari setiap bulan sehingga keseluruhan kewajipan 100 jam kerja sosial selesai dijalani.

Beliau berkata, Kejari Banda Aceh akan mengawasi secara langsung pelaksanaan hukuman berkenaan bagi memastikan pesalah melaksanakan kewajipannya mengikut jumlah jam yang diputuskan mahkamah.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here