Home Buletin Semasa AADK JALIN MOU BERSAMA MAIS UNTUK PEMULIHAN PENAGIH DADAH

AADK JALIN MOU BERSAMA MAIS UNTUK PEMULIHAN PENAGIH DADAH

167
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

SHAH ALAM: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menandantangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengukuhkan kerjasama pengurusan dan operasi Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) di Pusat Pemulihan Baitul Islah, di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam Selangor, di sini, semalam.

Menurut kenyataan media AADK, MoU tersebut diadakan untuk membimbing klien agar kuat menghadapi stigma sekali gus produktif dalam masyarakat.

“Penempatan klien dikhususkan kepada mereka beragama Islam dan ketika ini hanya dikhaskan kepada klien lelaki sahaja.

“Ia juga sebagai galakkan untuk mereka hadir mendapatkan rawatan pemulihan penagihan dadah secara sukarela,” katanya.

Justeru, kerjasama tersebut telah bermula sejak 18 Disember 2017 bagi menyediakan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah kepada klien termasuk yang mempunyai masalah HIV/AIDS.

Perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia telah memasuki fasa baharu apabila pindaan Akta PenagihDadah (Rawatan& Pemulihan) 1983 (Akta 283) telah dibentangkan dan dibahaskan dalam parlimen.

“Melalui akta baharu ini, kaedah pengurusan pusat pemulihan dan kaedah pengurusan klien dalam komuniti turut diberi nafas baharu dengan menyediakan perkhidmatan bersesuaian dan bersifat kemanusiaan,” katanya.

MoU tersebut ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil manakala bagi pihak MAIS pula, ditandatangi oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor, Dr Ahmad Shahir Makhtar. – AADK –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here