Home Buletin Semasa PERHILITAN KELANTAN TANGKAP SEEKOR LAGI BERUANG MATAHARI DI JELI

PERHILITAN KELANTAN TANGKAP SEEKOR LAGI BERUANG MATAHARI DI JELI

Oleh: Afrizam Arif@Imedikel TV

JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor beruang matahari jantan yang memasuki perangkap di Kampung Sungai Satan, Jeli, kelmarin.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, penangkapan berkenaan adalah yang kedua di kawasan tersebut selepas seekor beruang matahari betina ditangkap pada 12 Julai lepas.

“Beruang ini akan dipindahkan ke kawasan habitat sesuai, selamat dan jauh dari penempatan manusia dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari media, di sini, kelmarin.

Mohamad Hafid berkata tangkapan berkenaan dapat mengelak kerugian berterusan dialami penduduk akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.

Katanya, sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my. 

IMEDIKEL TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here