Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan I Medikel TV
KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memainkan peranan penting bagi membantu semula mereka yang terkesan akibat Covid-19 tiga tahun lalu mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob berkata, ramai majikan terkesan ketika pandemik tersebut dan pihaknya berusaha untuk memberi mereka peluang pekerjaan baharu.

“Kehilangan pekerjaan kerana covid begitu ketara ketika itu dan di sini lah peranan PERKESO memainkan peranannya di mana mereka di kembalikan industri pun sudah kembali dan kita cuba untuk menjadi masalah itu diatasi di mana mereka telah pun pulih kembali dan kita cuba hidupkan pasaran buruh sebaik yang mungkin.
“Apa yang saya nak maklumkan adalah fungsi PERKESO, agensi yang memainkan peranan dalam melaksanakan perkhidmatan pekerjaan negara,”katanya kepada pemberita ketika sidang media di program Karnival Kerjaya MyFutureJobs Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di sini, pada ahad.
Nora berkata pihaknya mensasarkan seramai mungkin pencari kerja mendapatkan pekerjaan dalam karnival tersebut.

Katanya lebih 2,000 peluang pekerjaan di pelbagai sektor ditawarkan sempena karnival itu diadakan.
“Semua agensi terlibat, 34 majikan terlibat itu sudah banyak memberi input yang terbaik kepada 2,000 jawatan kosong yang ada dan saya berharap akan datang pun mereka akan terus memberi kerjasama termasuk agensi-agensi pempamer kerana dalam program ini selain daripada temuduga terbuka kita ada macam-macam lagi yang tersirat.”
Menurut Nora, secara rangkuman, penganjuran karnival itu menjana kesan positif terhadap pasaran buruh apabila berjaya merekodkan lebih 200 penempatan pekerjaan kepada rakyat negeri ini sepanjang tempoh tiga hari karnival itu berlangsung.
Untuk rekod, karnival ini julung kali diadakan khas kepada golongan sekolah atau perantisan daripada latar belakang TVET demi memastikan mereka berpeluang meneroka peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran masing-masing.
IMEDIKEL TV






