Home Sukan LIVERPOOL BENAM EVERTON DI ANFIELD

LIVERPOOL BENAM EVERTON DI ANFIELD

LIVERPOOL: Mohamed Salah meledak dua gol seterusnya membantu kemenangan 2-0 Liverpool mengatasi Everton yang bermain 10 orang dalam aksi tertangga Merseyside dekat Anfield selepas Ashley Young dibuang padang pada babak pertama.

Memetik laporan agensi menerusi berita harian,Salah menjaringkan penalti mengatasi penjaga gol Everton, Jordan Pickford untuk memecah kebuntuan pada minit ke-75 selepas Michael Keane dihukum kerana tangannya terkena bola.

Penyerang Mesir itu kemudiannya menggandakan kelebihan Liverpool pada tambahan masa.

Skuad Juergen Klopp kini berada di persada liga dengan 20 manakala Everton ke-16.

Penyerang Liverpool, Luis Diaz (kanan) diasak pemain pertahanan Everton, Nathan Patterson. – Foto REUTERS

Skuad kendalian Sean Dyche yang hanya menang sekali dalam 29 pertemuan terakhir menentang Liverpool, berjaya mengekang asakan pada sebahagian besar aksi berikutan Young dibuang padang pada minit ke-37 kerana kad kuning kedua selepas mengasari Luis Diaz. – REUTERS-AGENSI-BH ONLINE-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here