NEWCASTLE, England: Newcastle menikmati kepulangan mengujakan ke kancah Liga Juara-Juara di St James’ Park apabila mereka membenam Paris Saint-Germain (PSG) 4-1 awal pagi tadi.
Miguel Almiron, Dan Burn, Sean Longstaff dan Fabian Schar menyumbang gol ketika Newcastle tampil kali pertama bagi aksi di laman sendiri dalam pertandingan elit kelab Eropah itu selepas 20 tahun.
“Kami harap ini memberikan kami kepercayaan kami boleh berjaya dalam pertandingan ini,” kata bos Newcastle, Eddie Howe.
Anak buah Howe melonjak ke tangga teratas apa yang dianggap kumpulan paling sukar dalam undian Liga Juara-Juara musim ini.
Memetik laporan AGENSI menerusi berita harian,Newcastle mengumpul empat mata daripada dua aksi pertama Kumpulan F, lebih satu mata di depan PSG manakala Borussia Dortmund meraih mata pertama mereka apabila seri 0-0 dengan AC Milan di Jerman.
Perlawanan sulung antara kedua-dua kelab mencetus minat kerana ia menjadi pertembungan kuasa wang Arab Saudi berdepan Qatar.

Pemilikan Arab Saudi dua tahun lalu mengubah nasib Newcastle sebagai mana kebanjiran wang dari Timur Tengah membantu PSG menjadi kuasa dominan dalam bola sepak Perancis sejak sedekad lalu.
Bos PSG, Luis Enrique memberi amaran sebelum perlawanan itu Newcastle pasukan yang tidak mahu ditemui dari balang keempat undian dan kelab Liga Perdana Inggeris itu membuktikannya.
Di sebalik sedar dengan ancaman Newcastle, Luis Enrique masih berani menurunkan empat penyerang bertaraf bintang – Kylian Mbappe, Ousmane Dembele, Goncalo Ramos dan Randal Kolo Muani.
“Perlawanan ini sukar buat jurulatih,” kata bekas bos Sepanyol itu yang mempertahankan pilihan kesebelasan utamanya.
“Secara jujur, saya fikir keputusan ini tidak adil, sekalipun jika saya perlu mengucapkan tahniah kepada Newcastle yang bermain amat bagus. Tetapi saya fikir 4-1 terlalu kejam.” – AFP-AHENSI-Berita harian online-
Imedikel TV






