Home Sukan KUARTET 4X100 NEGARA TAMATKAN KEMARAU 57 TAHUN

KUARTET 4X100 NEGARA TAMATKAN KEMARAU 57 TAHUN

HANGZHOU: Hangzhou meninggalkan kenangan yang manis buat kontinjen olahraga negara dengan kejayaan gemilang membawa pulang tiga pingat gangsa di temasya Sukan Asia kali ini.

Episod suka duka menyulami kontinjen pada hari terakhir penyertaan atlet negara dalam acara olahraga dan pastinya penutup paling menggembirakan menerusi gangsa yang diraih kuartet 4×100 meter (m) wanita, malam tadi.

Memetik laporan menerusi berita harian,Ketika barisan pelari lelaki yang diharapkan mampu untuk melakarkan kejutan, sebaliknya ia dicipta rangkaian pelari wanita.

Ia seperti ‘bulan jatuh ke riba’ sesuatu yang tidak dijangkakan apabila kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy itu mendapat tempat keempat namun kuartet Bahrain yang meraih tempat ketiga dibatalkan penyertaan mereka.

Ini susulan selepas semakan mengenai kesilapan TR24.7 yang dilakukan Bahrain, mereka melakukan kesilapan ketika membuat penggantian baton.

Malaysia akhirnya dinobatkan sebagai pemenang pingat gangsa menerusi catatan 45.01 saat (s) sekali gus menamatkan kemarau pingat dalam acara itu selepas kali terakhir kuartet negara memenangi gangsa pada 1966.

Pingat emas dimenangi China yang melakukan catatan 43.39s. Kuartet Thailand yang melakukan catatan 44.32s memenangi perak.

Bagai pelari berpengalaman negara, Zaidatul Husniah berkata, kejayaan mereka ini diharap akan memberi kegembiraan buat rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan prestasi atlet di Sukan Asia Hangzhou.

“Seperti yang saya selalu katakan, dalam acara berganti-ganti, apapun boleh berlaku, dibatalkan atau bagaimana namun paling utama kami menang atau kalah sebagai sebuah pasukan,” katanya.

Sementara itu, Shereen yang sebelum ini meraih gangsa dalam acara 400m wanita menganggap dua gangsa yang diraihnya pada temasya kali ini cukup bermakna bagi dirinya kerana langsung tidak meletakkan harapan pingat dalam acara 4x100m.

Berbekalkan dua kalungan pingat gangsa di temasya kali ini, Shereen menganggap ianya sangat istimewa.

“Saya alami kecederaan hamstring hanya dua minggu sebelum Sukan Asia, terpaksa kurangkan kadar latihan dan berdepan cabaran mental.

“Tapi selepas itu dapat pulih tepat pada masanya, saya berlatih bersungguh-sungguh dan sedar apabila sampai ke sini, saya mesti berjuang dan saya gembira dapat bertanding tanpa dibelenggu kecederaan,” kata Shereen lagi.-AGENSI-Berita harian online-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here