Home Buletin Semasa PERKASAKAN TULISAN JAWI – DBP

PERKASAKAN TULISAN JAWI – DBP

180
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sudah menyediakan draf pemerkasaan tulisan jawi untuk mengembalikan semula tulisan tersebut kepada masyarakat.

Ketua Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari, berkata pembudayaan semula tulisan jawi perlu dilaksanakan.

“Pihak DBP berbesar hati untuk mengembalikan semula kepandaian dan membudayakan kecintaan masyarakat terhadap tulisan jawi bukan sahaja di Kelantan malah ke seluruh negara.

“Draf tersebut akan dihantar ke jemaah menteri untuk dipersetujui,”katanya kepada pemberita selepas program Syarahan Perdana A.Kadir Adabi sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kelantan 2023 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji di sini, pada Khamis.

Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari (dua dari kiri) selepas pelancaran program Syarahan Perdana A. Kadir Adabi sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Kelantan 2023, di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini.

Menurut Dr. Hazami, penghantaran draf tersebut perlu melalui beberapa proses.

“Kita ada proses melalui kementerian (Pendidikan), kementerian akan hantar ke Jemaah Menteri.

“Pada peringkat permulaan selepas penghantaran draf tersebut, kita menunggu ruang dan waktu untuk dibentangkan ke peringkat Kementerian Pendidikan dan seterusnya ke peringkat Jemaah Menteri,”katanya.

Katanya, antara usaha pihaknya jika dapat membawa Pelan Pemerkasaan Jawi Kebangsaan adalah penggunaan jawi dapat digunakan dan dilestarikan semula dan menjadi identiti negara.

Pengarah DBP, Dr. Hazami Jahari

Katanya tulisan jawi adalah sebahagian daripada agenda Bahasa Kebangsaan sebelum kedatangan tulisan rumi.

“Jawi adalah tulisan kita.Tidak semestinya kita menggunakan tulisan rumi, kita meminggirkan dan mengenepikan tulisan jawi.

“Jawi masih kekal digunakan terutamanya di papan tanda di negeri Kelantan,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here