Home Buletin Semasa KKM LULUS RM350,000 UNTUK HOSPITAL BINTULU

KKM LULUS RM350,000 UNTUK HOSPITAL BINTULU

180
0

KUCHING, SARAWAK: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 kepada hospital Bintulu.

Peruntukan itu membabitkan kerja perpaipan “medical gas” di unit rawatan kebakaran, menaiktaraf wad perubatan lelaki dan wanita, kaunter triaj jabatan kecemasan dan trauma dan ruang menunggu serta bilik kaunseling penderma darah.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan media, berkata peruntukan itu juga termasuk penggantian mesin computerized tomography (ct) scan.

Menurutnya KKM juga akan bekerjasama dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi mewujudkan perkhidmatan anjung kasih yang merupakan kemudahan penginapan ahli keluarga yang memerlukan ruanga dan tempat untuk bermalam.

KKM juga meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membina ruang menunggu berhawa dingin bagi keselesaan pesakit di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Kidurong.

KKM juga meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membina ruang menunggu berhawa dingin bagi keselesaan pesakit di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Kidurong.

Di samping itu juga, mengaktifkan kembali perkhidmatan makmal molekular sedia ada di Klinik Kesihatan Kintulu ketika pandemik Covid-19.

Tambahnya, bagi cadangan baharu, secara dasarnya kkm bersetuju bahawa terdapat keperluan yang mendesak untuk projek penaiktarafan seperti blok klinikal baharu di hospital Bintulu, blok baharu pejabat kesihatan bahagian bintulu termasuk juga keperluan pembangunan baru bagi klinik di daerah Samalaju.

Bagaimanapun keputusan itu harus dibincangkan lebih lanjut dan diteliti oleh KKM dan kemudiannya dipertimbangkan kerajaan persekutuan.

Dr. Zaliha sebelum itu membuat lawatan kerja ke fasiliti kesihatan di bahagian Bintulu, Sarawak, baru-baru ini.

SUMBER KKM

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here