Home Buletin Semasa TAKAFUL IKHLAS BANTU POLITEKNIK BINA TELAGA TIUB

TAKAFUL IKHLAS BANTU POLITEKNIK BINA TELAGA TIUB

243
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan IMedikel TV

KOTA BHARU: Takaful Ikhlas General Berhad (TAKAFUL IKHLAS) memberi sumbangan sebanyak RM180,500.00 untuk membina telaga tiub di Politeknik Kota Bharu (PKB), di sini, pada Khamis.

Sumbangan itu diberikan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Yayasan Canselor dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata pihaknya membantu politeknik dalam meningkatkan sumber air bersih menerusi pembinaan telaga tiub dengan kerjasama UKM.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata pihaknya membantu politeknik dalam meningkatkan sumber air bersih menerusi pembinaan telaga tiub dengan kerjasama UKM.

“Pembinaan telaga tiub ini merupakan salah satu daripada aktiviti di bawah IKHLAS Barakah House (IBH) yang merupakan inisiatif pengumpulan dana patuh syariah.

“Program ini juga dapat menggalakkan aktiviti penyelidikan dan kepakaran warga pendidik dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)  di negara ini serta memberi impak yang positif dan dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Telaga Tiub di Politeknik Kota Bharu, di sini.

Beliau berkata, Takaful IKHLAS bertujuan menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti merangkumi penglibatan masyarakat dengan lima fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan juga alam sekitar.

Dari kiri Pengarah Politeknik Kota Bharu, Mohd Fikri Ismail dan kanan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin.

“Sejak tahun 2018 sehingga ke hari ini, IBH telah mengagihkan sebanyak lebih RM5 Juta dan menjayakan lebih 67 inisiatif,”katanya.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Kota Bharu, Mohd Fikri Ismail dan Pengarah Yayasan Canselor, UKM Prof Ts Dr Faizal Mohamed.

Sementara itu, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, FST UKM, Prof Madya Profesional Geologist Dr Mohd Hariri Arifin berkata, penyelidikan pembinaan itu dilaksanakan sejak 2016 sebelum pembinaan telaga tiub itu diadakan.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, FST UKM, Prof Madya Profesional Geologist Dr Mohd Hariri Arifin berkata, penyelidikan pembinaan itu dilaksanakan sejak 2016 sebelum pembinaan telaga tiub itu diadakan.

”Kedalaman telaga tiub ini adalah 100 meter dan mampu menampung penggunaan individu sebanyak 5,000 setiap hari,”jelasnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here