Home Luar Negara JEPUN LANCAR ROKET H2A BAWA PENDARAT BULAN

JEPUN LANCAR ROKET H2A BAWA PENDARAT BULAN

145
0

TOKYO: Jepun melancarkan roket H2A yang membawa pendarat bulan, hari ini, dalam usaha untuk merealisasikan pendaratan pertama oleh negara ini ke bulan.

Xinhua melaporkan, roket itu berjaya dilancarkan selepas mengalami tiga penangguhan dalam seminggu pada bulan lalu akibat cuaca buruk.

Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, roket itu berlepas dari Pusat Angkasa Tanegashima di wilayah Kagoshima pada jam 8.42 pagi waktu tempatan.

Roket itu membawa Smart Lander JAXA untuk Menyiasat Bulan (SLIM) yang antara fungsinya ialah menunjukkan teknik pendaratan yang tepat dan memeriksa batu-batuan di bulan.

SLIM dijadualkan mendarat di bulan pada awal tahun depan. Jika misi itu berjaya, Jepun akan menjadi negara kelima di dunia yang melakukan pendaratan di bulan.

Roket buatan tempatan itu juga membawa Misi Pengimejan dan Spektroskopi X-Ray (XRISM) untuk memerhati plasma dalam bintang dan galaksi.

Ia adalah pelancaran pertama roket besar Jepun selepas pelancaran sulung roket generasi akan datang, H3 gagal pada Mac lalu. – BERNAMA-XINHUA

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here