Home Luar Negara GEMPA BUMI KUAT DI LAUT BALI

GEMPA BUMI KUAT DI LAUT BALI

181
0

Jakarta, INDONESIA: Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro agensi geologi Indonesia dan Amerika Syarikat menetapkan kekuatan gempa itu pada magnitud 7.1, tanpa ancaman tsunami.

Gempa itu dirasai sejurus sebelum 4 pagi merentasi kawasan pantai di Bali dan Lombok dan diikuti dua gempa bumi susulan bermagnitud 6.1 dan 6.5, menurut agensi geologi Indonesia.

Tetamu di Mercure Kuta Bali berlari keluar dari bilik mereka selepas merasakan gegaran selama beberapa saat, kata pengurus hotel, Suadi kepada Reuters, menerusi telefon.

Katanya beberapa tetamu meninggalkan bilik mereka tetapi masih berada di kawasan hotel sambil menambah mereka sudah kembali ke bilik dan tiada kerosakan pada bangunan.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan, kata agensi bencana Indonesia BNPB.

Jurucakap BNPB Abdul Muhari, berkata gempa itu dalam dan ia tidak sepatutnya merosakkan. – REUTERS, HMetro Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here