Oleh: Afrizam Arif, Wartawan Imedikel TV
BACHOK: Tiga nelayan dikhuatiri hilang setelah bot kecil yang digunakan untuk memukat ikan di Kuala Kemasin, di sini pada 3 pagi semalam masih tidak pulang.
Isteri mangsa, Nik Suliana Bikri Kamal, 41 berkata suaminya Rohaimi Ahmad, 47 keluar bersama anak Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21 dan kawannya Amir Zulfikar Che Wil, 29 dikatakan keluar dari kuala tersebut menuju ke Pantai Sabak, Kota Bharu.
Nik Suliana berkata suaminya meminjam bot menantunya Raja Mohd Shamsul Amir Raja Ismail, 31 dan pergi ke laut untuk menangkap ikan.
“Pada kebiasaannya pukul 4 petang mereka sudah balik, tetapi kali ini bot yang dinaiki tidak sampai hingga ke hari ini.
“Kami bersama nelayan lain melancarkan gerakan mencari sendiri beramai-ramai tetapi sehingga tengah malam tadi masih belum dapat dikesan,” katanya yang mempunyai 10 anak.
Nik Suliana berkata ketiga-tiga nelayan sudah biasa menangkap ikan dan tidak ada apa-apa perubahan pelik berlaku ke atas suami dan anaknya.
Imedikel TV






