JOHOR BHARU: Seramai 4,429 pelajar Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional di 12 lokasi telah menerima bantuan RM150 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 769,350 sejak bulan Februari 2023 sehingga 20 Ogos 2023.
Manakala untuk Negeri Johor, seramai 573 pelajar dengan jumlah bantuan sebanyak RM 85,950 telah diperuntukkan.
Menurut kenyataan media, berdasarkan data yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 80% pelajar Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional terdiri daripada keluarga B40 dan mereka ini kurang mendapat bantuan berbanding pelajarpelajar di Kolej Matrikulasi.
Pada masa yang sama, pembelian data internet dan pengangkutan menunjukkan trend perbelanjaan utama yang dilakukan oleh para pelajar dalam kumpulan ini. Justeru, inisiatif ini dilancarkan bagi meringankan kos perbelanjaan harian mereka.
Kementerian Perdaganagn Dalan Negeri dan kos sara Hidup (KPDN) telah memulakan inisiatif rintis bantuan tanpa tunai kepada pelajar Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokasional. Inisiatif rintis ini merupakan kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang merupakan Pengerusi Kluster Pendidikan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bagi tahun 2023.
Negeri Johor merupakan lokasi kedua belas penganjuran Program Outreach Sara Hidup di bawah Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai untuk tahun 2023.
Seramai 213 orang pelajar Tingkatan Enam dan 100 orang pelajar Kolej Vokasional daripada kumpulan isi rumah B40 di sekitar Johor Bahru telah dipilih sebagai perintis bagi pelaksanaan program peringkat Negeri Johor pada kali ini.
Antara lain, pengisian program pada hari ini juga melibatkan advokasi kepenggunaan dan Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) berhubung pembelian dan perniagaan dalam talian serta hak-hak sebagai pengguna.
Kementerian berharap dengan bantuan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban kos sara hidup para pelajar dan merancakkan ekonomi negara dengan berbelanja. – KPDN –
Imedikel TV






