Home Luar Negara ARAB SAUDI HOS RUNDINGAN ISU UKRAINE PADA OGOS

ARAB SAUDI HOS RUNDINGAN ISU UKRAINE PADA OGOS

154
0

RIYADH: Arab Saudi bersiap sedia untuk mengadakan rundingan pada bulan depan khusus bagi membincangkan isu Ukraine, dengan menjemput penyertaan negara Barat, Kyiv serta negara membangun utama termasuk India dan Brazil, lapor Wall Street Journal (WSJ), semalam.

Menurut laporan itu yang memetik diplomat berkaitan, mesyuarat berkenaan dijadualkan berlangsung di Jeddah pada 5 dan 6 Ogos ini dengan membabitkan pegawai kanan dari 30 negara meliputi Indonesia, Mesir, Mexico, Chile dan Zambia.

Pegawai Ukraine dan negara Barat berharap rundingan itu – tanpa penyertaan Russia – akan dapat membawa sokongan antarabangsa terhadap terma keamanan yang memihak kepada Ukraine, menurut laporan itu lagi.

Menurut laporan REUTERS menerusi Berita Harian, setakat ini, katanya, masih belum jelas bilangan negara jemputan yang bakal mengambil bahagian dalam rundingan itu, walaupun negara yang menyertai rundingan serupa di Copenhagen dijangka menghadirinya.

WSJ melaporkan Britain, Afrika Selatan, Poland dan Kesatuan Eropah (EU) adalah antara yang telah mengesahkan akan menyertai mesyuarat berkenaan, manakala Penasihat Keselamatan Nasional Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan dijangka turut hadir. – REUTERS, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here