Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Nur Athirah Azman (Wartawan Imedikel TV)
BACHOK: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa mahasiswa universiti dibenarkan pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Katanya tiada sekatan untuk mereka pulang kerana tarikh Hari Mengundi bagi PRN kali ini adalah pada hari Sabtu.
“Hanya dua universiti sahaja yang belum tamat peperiksaan iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau menandatangani Pusat Terjemahan dan Manuskrip UMK-ITMB, Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
“Tarikh peperiksaan sudah lama ditetapkan. Pada tarikh tersebut memang tiada peperiksaan dijalankan pada hari Sabtu. Lagipun PRN kali ini hanya membabitkan enam buah negeri, tak melibatkan seluruh 13 negeri,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Inkubator Keusahawanan, Pusat Penyelidikan dan Hospital Pengajar Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, hari ini.
Beliau berkata, disebabkan hanya enam negeri sahaja yang terlibat dengan PRN, pelajar dari tujuh negeri lain mahu peperiksaan diteruskan.
Hadir sama, Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr Razli Che Razak.
Imedikel TV






