Home Buletin Semasa KESTABILAN BEKALAN GULA PUTIH BERTAPIS

KESTABILAN BEKALAN GULA PUTIH BERTAPIS

246
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin menegaskan bahawa bekalan gula putih bertapis dalam negara adalah mencukupi untuk kegunaan industri dan domestik.

KPDN mengambil langkah proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan gula dengan memudahcarakan proses kelulusan AP import (Approved Permit) gula putih bertapis.

Menurut kenyataan media, bagi tahun 2023, sehingga kini sebanyak 285,700 MT telah diluluskan kepada 37 syarikat untuk mengimport gula putih bertapis.

KPDN juga telah bersetuju untuk membenarkan syarikat pengimport membungkus gula berkenaan dalam pek 1kg untuk pasaran runcit dan dijual pada harga kawalan semasa, iaitu RM2.85/kg (gula kasar) dan RM2.95/kg (gula halus).

Berhubung bekalan gula bertapis pek 1kg dan 2kg yang lebih dikenali sebagai gula rakyat, KPDN akan memastikan bekalan diedarkan sekurangkurangnya 42,000 MT setiap bulan oleh MSM dan CSR bagi menampung keperluan rakyat termasuk penjaja dan peniaga kecil.

Jumlah minimum ini sememangnya adalah mencukupi bagi keperluan isi rumah yang dianggarkan penggunaan sebulan sebanyak 20,800 MT.

Oleh yang demikian, Kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat yang didapati melakukan kesalahan seperti menyorok bekalan gula bertapis pek 1kg dan 2kg atau membungkus semula gula tersebut kepada 50kg untuk jualan industri.

KPDN menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan aduan rasmi sekiranya mendapati mana-mana individu/syarikat yang melakukan kesalahan tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti berkaitan.

Ini untuk membolehkan siasatan dijalankan di bawah mana-mana akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN atau lain-lain Kementerian.

KPDN juga menggesa supaya mana-mana orang yang menjalankan perniagaan supaya lebih beretika dalam berurusniaga dan mengelakkan daripada melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang. – Sumber KPDN –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here