Home Luar Negara KERAJAAN ARAB SAUDI UMUM MUSIM BAHARU UMRAH

KERAJAAN ARAB SAUDI UMUM MUSIM BAHARU UMRAH

163
0

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengumumkan musim baharu umrah pada bulan Muharram 1445 hijrah.

Kementerian itu berkata, penduduk Arab Saudi dan warganegara majlis kerjasama Teluk (GCC) kini boleh memohon permit untuk menunaikan ibadah umrah melalui aplikasi Nusuk atau Tawakkalna.

Arab saudi turut mengumumkan mula mengeluarkan e-visa iaitu visa elektronik umrah untuk jemaah dari luar negara.

Itu menjadi sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat islam mengerjakan ibadah umrah di negara berkenaan.

Langkah pembukaan musim umrah adalah selepas kejayaan musim haji 2023 bagi membolehkan umat islam melakukan ibadah umrah dan ziarah.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan selaras untuk mencapai matlamat wawasan 2030 Arab Saudi.

Pelancaran aplikasi Nusuk dan Tawakkalna oleh pihak kementerian adalah tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada jemaah haji menerusi pengeluaran permit yang diperlukan untuk menunaikan umrah, melawat raudah di masjid nabawi, madinah mengikut kapasiti yang diluluskan oleh pihak berkuasa itu.

Ia juga untuk memastikan penyediaan suasana rohani dan selamat, selain mencapai kawalan selia dalam integrasi dengan aplikasi tawakkalna, untuk menyemak integriti status kesihatan pemohon bagi mendapatkan permit.

Sumber Bh Online & Agensi

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here