Home Sukan ERFAN, ZAMSAHAM TANDATANGANI PERJANJIAN RAHSIA

ERFAN, ZAMSAHAM TANDATANGANI PERJANJIAN RAHSIA

160
0

KOTA BHARU: Usahawan Kelantan, Erfan Akif atau Erfan Lee Ruslan mengesahkan sudah menandatangani perjanjian kerahsiaan (NDA) dengan pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman.

Erfan, yang berusia 30-an berkata, beliau mengadakan majlis tandatangan itu bersama Norizam atau Zamsaham di satu lokasi rahsia di Kota Bharu.

Bagaimanapun katanya, intipati perjanjian, masa dan tarikh perjanjian ditandatangani tidak boleh didedahkan.

“Ramai yang ingin tahu perkembangan saya yang ingin menjadi pemilik The Red Warriors (TRW) atau membeli saham atau menjadi rakan strategik.

“Jadi di sini saya boleh beritahu, saya sudah tandatangan ada, apa-apa keputusan Insya-Allah akan dimaklumkan,” katanya.

Erfan berkata, buat masa ini beliau tidak boleh mendedahkan maklumat lain yang masih dalam perbincangan pihaknya dan Kelantan FC.

Erfan sebelum ini antara individu yang menawarkan diri untuk mengambil alih TRW selepas Zamsaham mengumumkan untuk menjual kelab berkenaan.

Ahli perniagaan pelbagai industri itu menulis surat menerusi salah satu perniagaannya, Erfan Gym & Fitness manakala usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida turut berminat untuk mengambil alih TRW.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here